Cara Makan Zinc Complex Shaklee Dengan Berkesan
1. Makan 1 biji zinc complex SEBELUM sarapan
2. Jangan makan bersama makanan dan minuman berkalsium. Ini
mengurangkan penyerapan
3. Minuman berkafein dan air bergas/berkarbonat mengurangkan
kecekapan penyerapan badan. Elakkan pengambilan bersama supplemen yang lain.
4. Zinc Tidak digalakkan bersama bijiran dan roti. Phytate dari
bijiran akan bergabung dengan zink menjadi bentuk yang sukar diserap.
Kenapa Zink Mesti Di Makan Semasa Perut Kosong?
Cerita mudahnya, zink ni akan kalah dengan zat lain macam kalsium. Contohnya anda sarapan sandwich, dalam tu ada keju dan minum teh tarik.
Susu dan keju dalam teh tarik dan sandwich mengandungi kalsium. Jika kita makan zink selepas makan, zink tidak akan diserap dan akan disingkirkan. Jika kita makan roti dan bijiran lain semasa sarapan, contohnya cornflakes, koko crunch dan roti bijirin penuh / wholemeal.
Phytates dari makanan berasaskan bijiran mempunyai kebolehan untuk bergabung dengan zink dan sukar diserap badan. Ini membuatkan zinc yang dimakan terbuang sia sia saja. Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
No comments:
Post a Comment