Saturday, March 22, 2014

Cara Makan GLA dan Vita-Lea Untuk Kesuburan Wanita.



Fasa Pertama:

Baru pertama kali makan GLA. Nak stabilkan hormon badan isteri semula. Vitalea makan sebiji sehari.


1.      Makan Vitalea setiap hari. 1 biji selepas sarapan setiap hari. Jangan makan vitalea dengan makanan dan minuman berasaskan susu. 
2.     Kemudian makan GLA Complex 1biji selepas sarapan juga. GLA . Waktu malam sebelum tidur makan sebiji lagi GLAcomplex
3.     Bagi tujuan kesuburan,, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI.. Bagi bulan pertama, makan semasa hari pertama haid sampai period semula. Jangan berhenti makan masa period ya.
4.     Anda mesti ambil perhatian, semasa bulan pertama makan GLA, anda patut tahu bila tarikh anda sepatutnya datang bulan. Contohnya, bulan lepas kitaran anda 28 hari. Jadi bulan ni lebih kurang 28 hari juga.
5.     Kalau dah masuk 30hari tak period lagi, buat Urine Pregnancy Test. Kalau ujian UPT positif dan ada sah mengandung,terus BERHENTI MAKAN GLA ya.
6.     Kalau tak hamil dan period datang macam biasa, kita masuk peringkat ke 2 pula.


FASA KE 2:

Lepas hormon badan dah stabil

1.      Kira berapa hari kitar period anda. Berapa hari? Untuk contoh n kita ambil 30 hari ye.
2.     Kemudian bahagikan kitaran anda dengan 2. Contoh 30hari bahagi 2 ialah 15 hari.
3.     Insyaallah waktu subur anda pada hari ke 15 selepas haid.
4.     Makan GLA complex sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur iaitu hari ke 14. Sebiji sehari je ye
5.     Pada hari ke 15, JANGAN berhenti makan GLA. Vitalea masih makan macam biasa ya.
6.     Buat ujian UPT sekiranya haid tak datang macam biasa.
7.     Jika haid datang macam biasa, ulang FASA ke 2 ini sehinggalah hamil ya. Insyaallah. Jika anda hamil, terus STOP makan GLA.
 

No comments:

Post a Comment