Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
Alahan
yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali
sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya
datang pada waktu pagi sahaja.
Ada
juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada
juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung
ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Tetapi
jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa
menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih
belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
Namun
kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen
yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan
loya.
Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda.
Jom kita baca tips mengatasi morning sickness ni.
Langkah 1
Sekiranya
mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan
terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun
dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana
memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap
wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi
keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda
mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint Gingger Plus Shaklee membantu mengurangkan morning sickness. Boleh juga menikmati
teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa
itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Kebaikan Peppermint Gingger Plus Shaklee
- Ia
tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan
mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan
morning sickness ibu hamil.
- Halia
merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan
mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak
perut.
- Pudina
pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem
penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Langkah 5
Minum
air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat
terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan
daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang
bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat
seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa
loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang
dirasai.
Langkah 9
B-Complex Shaklee mengandungi vitamin B6. Vitamin
B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan
oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin
khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom
morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang
kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak
pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa
loya dan mual.
Adakah vitamin dapat membantu mengatasi morning sickness ini?
Ya pasti! Nak tahu kisah vitamin yang dapat mengatasi morning sickness.
Saya akan mencadangkan kepada ibu hamil yang mengalami morning sickness ni dengan B Complex dan Ostematrix Shaklee.
Ostematrix : Sumber kalsium bagi menguatkan tulang dan mengurangkan terjadinya cramp pada kaki.Anda juga dapat tidur secara lena tanpa kerap terjaga di waktu malam.
Ostematrix Shaklee juga membantu dalam sistem pelawasan dan mengelakkan sembelit yang teruk.
Mengurangkan alahan yang menyebabkan rasa loya dan muntah.
Selain dari B-Complex dan Ostematrix, ibu hamil yang mengalami morning sickness TERUK boleh ambil vitamin ini sebagai tambahan :
Kebaikan Performance Drink
- Meningkatkan
Tenaga dan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel
dengan cepat. Menggantikan air yang hilang akibat muntah. Meningkatkan
daya tahan otot.
- mengurang
Dehidrasi @ sebagai 'kekurangan air yang banyak dalam badan'. Seseorang
ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah
kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang
kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.