Sunday, April 6, 2014

Turunkan Kolesterol Dengan Shaklee

Kolesterol..Apa itu Kolesterol??


Kolesterol adalah komponen lemak yang terdapat di dalam pembuluh darah. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu Kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).

Kolesterol baik (HDL) berfungsi untuk mengambil kolesterol jahat (HDL) dari darah dan menyerahkan kepada lipoprotein lain dan ia di angkut ke hati untuk di proses. Setelah di proses, kolesterol jahat ini akan di edarkan dan dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kolesterol jahat (LDL) pula jika berlebihan di dalam badan akan menyebabkan ia berkumpul di dinding pembuluh darah dan akan membentuk plak di sekeliling pembuluh darah tersebut.


Ini akan menyebabkan berlakunya pengerasan dan penyempitan pembuluh darah. Ia akan menganggu bekalan oksigen dan lain-lain nutrisi untuk di salurkan ke seluruh badan. Pengumpulan kolesterol jahat (LDL) ini amat merbahaya jika berlaku di pembuluh darah jantung koroner dan pembuluh darah di otak. Ini akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah dan menyebabkan serangan jantung atau strok.

Walaubagaimanapun kolesterol ada kebaikannya jika ia tidak berlebihan. Antara fungsi-fungsi kolesterol adalah;
  • Sebagai sumber tenaga
  • Melindungi jaringan saraf
  • Melindungi selaput sel
  • Bahan dasar dalam pembentukan hormon steroid
  • Pelarut bagi Vitamin A, D, E dan K
  • Membantu perkembangan jaringan otak anak

Punca Kolesterol Tinggi di dalam Badan
  • Mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak
  • Obesiti/ Kegemukan
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal
  • Keturunan
  • Penggunaan ubatan tertentu

Antara penyakit di sebabkan oleh Kolesterol Tinggi
  • Jantung Koroner
  • Hypertensi
  • Gangguan Fungsi Hati
  • Obesiti
  • Diabetes

Cara Mengatasi Kolesterol Tinggi
  • Pilih pemakanan yang sihat iaitu kurang lemak dan tinggi serat
  • Hindari makanan yang mempunyai nilai kolesterol yang tinggi, contohnya daging, organ dalaman
  • Makan sumber makanan yang mempunyai omega 3 yang tinggi, yang mana ia boleh menurunkan paras kolesterol dan dapat mempertahankan kesihatan jantung. Antara makanan yang mempunyai omega 3 adalah ikan salmon, tuna, kod dan OmegaGuard Shaklee
  • Jauhi rokok dan alkohol
  • Bersenam

Berikut adalah Supplemen Shaklee yang boleh menurunkan paras kolesterol di dalam badan
 Omegaguard - Menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan keseluruhan kolesterol

Garlic - Menurunkan kolesterol 


Vitamin E Complex - Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas




Alfalfa Complex - Untuk Membuang lemak


Lecithin - Membakar lemak

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Marilah kita sama-sama mencegah dari kolesterol yang berlebihan di dalam badan.

No comments:

Post a Comment