Wednesday, April 2, 2014

Cara Makan Suplimen Shaklee

Adakah anda salah seorang yang mengalami keadaan mcm ni?

  • Dah beli vitamin Shaklee tapi pengedar tak terangkan cara nak makan.
  • Dah beli vitamin Shaklee tapi pengedar bagi aturan makan yang salah.
  • Google search cara makan Shaklee tapi makin pening sebab ada macam-macam cara
  • Dah makan vitamin Shaklee tapi takde kesan pun. Bila selidik, rupa-rupanya pengedar mereka gagal memberikan cara makan yang betul. Sayang betul, rugi je beli kalau tak dapat kesan yang diidamkan.
Ramai yang nak tahu cara makan vitamin Shaklee yang betul. Sebab semua orang tahu bahawa vitamin Shaklee sememangnya berkesan asalkan diambil dengan dos dan cara makan yang betul.



Apa yang anda perlu tahu?
  • Sesetengah vitamin tidak boleh diambil bersama vitamin lain dalam waktu yang sama sebab akan mengganggu penyerapan vitamin-vitamin tersebut. Malahan, kalau ambil dos berlebihan, anda akan menghadapi risiko sakit buah pinggang.
  • Sangat penting  utk mengetahui cara makan vitamin Shaklee yang betul supaya anda mendapat kebaikan vitamin yang dibeli tanpa sebarang risiko kesihatan.
Macam mana Cara Makan Shaklee Yang Betul?

Aturan makan & dos yang spesifik adalah eksklusif untuk pelanggan saya sahaja. Tetapi saya akan terangkan secara general di sini, Do & Don't dalam cara makan Shaklee.


Tahukah Anda?
  • VITAMIN LARUT AIR seperti (Vitamin B & C) seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak dan berminyak kerana ia akan mengganggu proses penyerapan nutrien oleh badan.
  • VITAMIN LARUT LEMAK ( Vitamin A, D, E, K) memerlukan lemak untuk memudahkan proses penyerapan oleh badan. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil vitamin-vitamin ini selepas makan makanan berlemak & berminyak.
  • OSTEMATRIX (Kalsium) seeloknya diambil bersama susu sebelum tidur agar membantu anda mendapat tidur yang berkualiti & membantu badan menyerap kalsium dengan baik.
  • LECITHIN disarankan untuk diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.


Elakkan Daripada melakukan perkara-perkara di bawah (untuk kesan OPTIMUM):
  1. Elakkan ambil Alfalfa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan Alfalfa.
  2. Elakkan ambil zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium.
  3. Cara makan Shaklee yang disarankan ialah mengambil selepas makan kecuali vitamin yang disarankan untuk diambil sebelum makan. Makan vitamin anda mengikut dos yang betul agar tidak menjejaskan kesihatan anda.
  4. Jangan ambil vitamin anda bersama minuman berkafein atau bergas kerana ia akan mengganggu penyerapan nutrien oleh badan.
  5. Jangan lupa untuk minum air kosong secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Peringatan!
  • Anda berhak untuk mendapatkan konsultasi & cara makan Shaklee yang betul daripada pengedar anda. Oleh itu, pastikan anda membeli dari pengedar yang berilmu & benar-benar serius membantu anda.
CONTOH: CADANGAN JADUAL MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Perlu diingat aturan makan adalah berbeza mengikut keperluan individu. Setiap individu ada masalah yang berbeza, maka cara makan pun berbeza ye.

Selepas Sarapan: B-Complex & Vitalea = untuk memberi kesegaran dan 'mood' yang baik

Minum pagi (brunch): ESP

Selepas lunch: Vitamin C & Alfalfa

Minum petang (Tea): ESP

Makan Malam: Lecithin/Kalsium/Vitamin E

CONTOH: CADANGAN PENGAMBILAN BAGI SETIAP VITAMIN

  • Zinc = Seminggu 2 kali kecuali mereka yang ada masalah keguguran rambut yang serius & untuk kesuburan
  • Nutriferon = 1 Sachet sehari kecuali jika sakit, boleh ambil 2 sachet
  • Meal Shakes = Boleh dibancuh dengan ESP dan Performance Drink jika ada. 
  • Alfalfa = Ambil ikut kesesuaian badan. Untuk ibu yang menyusukan bayi, seeloknya ambil selepas pam (breasts kosong) bersama ESP.
** Cadangan Pengambilan di atas hanyalah contoh sahaja.

Jadi, pastikan anda mendapat konsultasi yang tepat dan cara makan vitamin yang betul supaya berbaloi untuk setiap sen yang anda laburkan.

No comments:

Post a Comment