Monday, April 7, 2014
Vivix membantu pengidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Jenis-jenis Lupus :
‼Discoid Lupus Erythematous (DLE)
✅Hanya melibatkan kulit
✅Jarang merebak ke organ lain
‼Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
✅Boleh merebak ke organ lain
✅Boleh mengakibatkan kematian
🔶Statistik
Lebih kurang 90% penghidap penyakit SLE adalah wanita sementara 10% penghidap penyakit SLE adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang menghidap penyakit SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio yang mengalami penyakit SLE :
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan dengan penyakit SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap penyakit SLE yang belum disahkan.
🔷Antara tanda dan gejala yang dikaitkan dengan penyakit SLE ialah:
✅ruam-ruam pada kulit muka dan badan
✅kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
✅ulser pada mulut
✅keguguran rambut
✅sakit dan radang pada sendi
✅demam yang berlarutan
✅rasa letih-lesu
✅sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy)
✅vasculitis (radang pada saluran darah).
♦Penyakit SLE hanya boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit penyakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, penghidap penyakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang.
‼Penyakit ini boleh membawa maut kerana penyakit SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah.
‼Jika anda, saudara mara dan kenalan anda ada mengidap SLE, saya cadangkan untuk ikhtiar ambil makanan tambahan dari Shaklee iaitu, Vivix
♦Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg SLE ini..
Thanks Norbety Ramli Kongsi Ini!!
~~Tips From Master Daniel Loo~~
VIVIX adalah only product boleh repair DNA kita!! SLE adalah salah satu DNA rosak mengakibatkan AutoImmue Kita Jadi Gila dan Attack Sendiri Badan!!
VIVIX Juga adalah paling powerful antioxidant & anti inflammation products di dunia!!!SLE paling takut ingredients ini!!
Kalau boleh tambahkan OMEGA , Carotomax , VitaC , Vita E Juga!!Ini adalah antioxidant & anti inflammation Product juga!!
Dan Juga mesti nak makan ubat yang betul and jumpa doctor yang betul untuk treatment!!
Sunday, April 6, 2014
Turunkan Kolesterol Dengan Shaklee
Kolesterol..Apa itu Kolesterol??
Kolesterol adalah komponen lemak yang terdapat di dalam pembuluh darah.
Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu Kolesterol baik (HDL) dan
kolesterol jahat (LDL).
Kolesterol baik (HDL) berfungsi untuk mengambil kolesterol jahat (HDL) dari darah dan menyerahkan kepada lipoprotein
lain dan ia di angkut ke hati untuk di proses. Setelah di proses,
kolesterol jahat ini akan di edarkan dan dikeluarkan dari tubuh badan
manusia. Kolesterol jahat (LDL) pula jika berlebihan di dalam badan akan
menyebabkan ia berkumpul di dinding pembuluh darah dan akan membentuk
plak di sekeliling pembuluh darah tersebut.
Ini akan menyebabkan berlakunya pengerasan dan penyempitan pembuluh
darah. Ia akan menganggu bekalan oksigen dan lain-lain nutrisi untuk di
salurkan ke seluruh badan. Pengumpulan kolesterol jahat (LDL) ini amat
merbahaya jika berlaku di pembuluh darah jantung koroner dan pembuluh
darah di otak. Ini akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah
dan menyebabkan serangan jantung atau strok.
Walaubagaimanapun kolesterol ada kebaikannya jika ia tidak berlebihan. Antara fungsi-fungsi kolesterol adalah;
- Sebagai sumber tenaga
- Melindungi jaringan saraf
- Melindungi selaput sel
- Bahan dasar dalam pembentukan hormon steroid
- Pelarut bagi Vitamin A, D, E dan K
- Membantu perkembangan jaringan otak anak
Punca Kolesterol Tinggi di dalam Badan
- Mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak
- Obesiti/ Kegemukan
- Kurang melakukan aktiviti fizikal
- Keturunan
- Penggunaan ubatan tertentu
Antara penyakit di sebabkan oleh Kolesterol Tinggi
- Jantung Koroner
- Hypertensi
- Gangguan Fungsi Hati
- Obesiti
- Diabetes
Cara Mengatasi Kolesterol Tinggi
- Pilih pemakanan yang sihat iaitu kurang lemak dan tinggi serat
- Hindari makanan yang mempunyai nilai kolesterol yang tinggi, contohnya daging, organ dalaman
- Makan sumber makanan yang mempunyai omega 3 yang tinggi, yang mana ia boleh menurunkan paras kolesterol dan dapat mempertahankan kesihatan jantung. Antara makanan yang mempunyai omega 3 adalah ikan salmon, tuna, kod dan OmegaGuard Shaklee
- Jauhi rokok dan alkohol
- Bersenam
Berikut adalah Supplemen Shaklee yang boleh menurunkan paras kolesterol di dalam badan
Garlic - Menurunkan kolesterol
Vitamin E Complex - Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
Alfalfa Complex - Untuk Membuang lemak
Lecithin - Membakar lemak
Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Marilah kita sama-sama mencegah dari kolesterol yang berlebihan di dalam badan.
Wednesday, April 2, 2014
Cara Makan Suplimen Shaklee
Adakah anda salah seorang yang mengalami keadaan mcm ni?
- Dah beli vitamin Shaklee tapi pengedar tak terangkan cara nak makan.
- Dah beli vitamin Shaklee tapi pengedar bagi aturan makan yang salah.
- Google search cara makan Shaklee tapi makin pening sebab ada macam-macam cara
- Dah makan vitamin Shaklee tapi takde kesan pun. Bila selidik, rupa-rupanya pengedar mereka gagal memberikan cara makan yang betul. Sayang betul, rugi je beli kalau tak dapat kesan yang diidamkan.
Ramai yang nak
tahu cara makan vitamin Shaklee yang betul. Sebab semua orang tahu
bahawa vitamin Shaklee sememangnya berkesan asalkan diambil dengan dos
dan cara makan yang betul.
Apa yang anda perlu tahu?
- Sesetengah vitamin tidak boleh diambil bersama vitamin lain dalam waktu yang sama sebab akan mengganggu penyerapan vitamin-vitamin tersebut. Malahan, kalau ambil dos berlebihan, anda akan menghadapi risiko sakit buah pinggang.
- Sangat penting utk mengetahui cara makan vitamin Shaklee yang betul supaya anda mendapat kebaikan vitamin yang dibeli tanpa sebarang risiko kesihatan.
Macam mana Cara Makan Shaklee Yang Betul?
Aturan makan
& dos yang spesifik adalah eksklusif untuk pelanggan saya sahaja.
Tetapi saya akan terangkan secara general di sini, Do & Don't dalam
cara makan Shaklee.
Tahukah Anda?
- VITAMIN LARUT AIR seperti (Vitamin B & C) seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak dan berminyak kerana ia akan mengganggu proses penyerapan nutrien oleh badan.
- VITAMIN LARUT LEMAK ( Vitamin A, D, E, K) memerlukan lemak untuk memudahkan proses penyerapan oleh badan. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil vitamin-vitamin ini selepas makan makanan berlemak & berminyak.
- OSTEMATRIX (Kalsium) seeloknya diambil bersama susu sebelum tidur agar membantu anda mendapat tidur yang berkualiti & membantu badan menyerap kalsium dengan baik.
- LECITHIN disarankan untuk diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.
Elakkan Daripada melakukan perkara-perkara di bawah (untuk kesan OPTIMUM):
- Elakkan ambil Alfalfa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan Alfalfa.
- Elakkan ambil zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium.
- Cara makan Shaklee yang disarankan ialah mengambil selepas makan kecuali vitamin yang disarankan untuk diambil sebelum makan. Makan vitamin anda mengikut dos yang betul agar tidak menjejaskan kesihatan anda.
- Jangan ambil vitamin anda bersama minuman berkafein atau bergas kerana ia akan mengganggu penyerapan nutrien oleh badan.
- Jangan lupa untuk minum air kosong secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Peringatan!
- Anda berhak untuk mendapatkan konsultasi & cara makan Shaklee yang betul daripada pengedar anda. Oleh itu, pastikan anda membeli dari pengedar yang berilmu & benar-benar serius membantu anda.
CONTOH: CADANGAN JADUAL MAKAN VITAMIN SHAKLEE
Perlu diingat
aturan makan adalah berbeza mengikut keperluan individu. Setiap individu
ada masalah yang berbeza, maka cara makan pun berbeza ye.
Selepas Sarapan: B-Complex & Vitalea = untuk memberi kesegaran dan 'mood' yang baik
Minum pagi (brunch): ESP
Selepas lunch: Vitamin C & Alfalfa
Minum petang (Tea): ESP
Makan Malam: Lecithin/Kalsium/Vitamin E
CONTOH: CADANGAN PENGAMBILAN BAGI SETIAP VITAMIN
- Zinc = Seminggu 2 kali kecuali mereka yang ada masalah keguguran rambut yang serius & untuk kesuburan
- Nutriferon = 1 Sachet sehari kecuali jika sakit, boleh ambil 2 sachet
- Meal Shakes = Boleh dibancuh dengan ESP dan Performance Drink jika ada.
- Alfalfa = Ambil ikut kesesuaian badan. Untuk ibu yang menyusukan bayi, seeloknya ambil selepas pam (breasts kosong) bersama ESP.
** Cadangan Pengambilan di atas hanyalah contoh sahaja.
Jadi, pastikan
anda mendapat konsultasi yang tepat dan cara makan vitamin yang betul
supaya berbaloi untuk setiap sen yang anda laburkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)